Sejarah
kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an.
Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan
kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi
semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat
kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1
& 2.
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama
diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam
pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded.
Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun
berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam
pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama,
Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga
oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari
pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain
diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan,
Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah
menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang
muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran
Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan
muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan
rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu
Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar
')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta
Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian
mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa
Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang
berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan
mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap
tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988.
Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak
rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti
Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut
dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh
masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak
dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah
kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit
atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu,
media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk
mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega
muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.( facebook.com/permalink.php?id=123197577705131&story_fbid=553028074722077 )
0 comments:
Post a Comment
Silakan Berkomentar Dengan Bahasa Yang Sopan Okay....!!!